Simpulan Bahasa
1. Definisi:
Kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada perkara yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.
2. Penjenisan:
a) Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
Contoh:
i) Ada angin:
1. Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
2. Berperangai luar biasa pada masa-masa tertentu.
ii) Buah tangan:
1. Hasil usaha
2. Hadiah atau barang-barang yang dibawa pulang daripada perjalanan.
b) Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama.
Contoh:
i) Muka papan
ii) Mula tebal
iii) Muka tembok
Ertinya: Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
3. Bentuk/Ciri:
a) Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.
i. Anak bapa
ii. Batu api
iii. Lipas kudung
b) Terbentuk daripada penggunaan kata kerja.
i. Ambil angin
ii. Bawa diri
iii. Jaga mulut
c) Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif.
i. Berat badan
ii. Buta hati
iii. Jinak-jinak merpati
d) Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas.
i. Abu Jahal
ii. Mat Jenin
iii. Pak Pandir
e) Terbentuk daripada nilai kepercayaan
i. Air jampi
ii. Ilmu ghaib
iii. Induk padi
Kumpulan 3
No comments:
Post a Comment