Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Pada 1 Disember 2012 yang lalu, saya dan keluarga berkesempatan melawat ke istana Sultan Kelantan iaitu Istana Negeri Kubang Kerian bersempena Expo MAIK 2012.
Alhamdulillah..syukur kerana berkesempatan untuk melihat dan menjejakkan kaki di dalam istana tersebut. Baginda sultan telah membuka istana kepada rakyat jelata untuk masuk ke dalam istana untuk melihat pameran sempena expo tersebut.
Saya amat kagum dan menyanjungi Sultan-sultan Kelantan atas sikap dan pembawaan diri yang sangat berjiwa rakyat...terutamanya Sultan Muhammad V iaitu Tengku Muhammad Faris Petra... Semoga Allah merahmati dan memberkati ke bawah duli tuanku..Daulat Tuanku!!!
Tak dapat bergambar dengan baginda sultan...gambar baginda pun jadilah...